Nikah & Sanding · Foto + Filem
Kuala Selangor · Ogos 2026
Aina & Hakim
Cerita
Akad di surau kampung pada pagi Sabtu, sanding di tepi sawah keesokan harinya. Hujan renyai sebelum Asar beri kami cahaya paling lembut sepanjang dua hari.
Aina mahukan gambar yang terasa santai, bukan terlalu bergaya. Kami rakam detik keluarga bersiap di rumah, tok kadi tiba, sampai tetamu terakhir pulang. Filem highlight dihantar dalam 4 minggu, lengkap dengan reels 60 saat untuk Instagram.
Filem Highlight
Kata Mereka
“Kami tak perasan pun ada kamera masa majlis, tapi bila tengok gambar, semua detik ada. Mak menangis tengok filem tu.”
Aina, pengantin · ★★★★★ Google Review